Assalamualaikum.. Memandangkan ini last semester, anim nak kosngsika serba sedikit tentang aktiviti sepanjang semester 6 yang penuh dengan memorable ni. Sebab agak touching jugaklah semester ni semua kami lakukan dengan penuh semangat dan sepasukan. Semua beri komitment masing masing walaupun sebelum sebelum ni tak pernah involve pun kalau dalam group. Tetapi entah macam mana sem ni semnagt dia lain macam tau. Bersatu balik macam dolu dolu sem 1. ihiks. love you "DSB6A sesi jun 2014"'
Semester kali ni kami ada subject Archicom Stand off (Architecture Communication) and lagi satu Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam. This subject must do oragnize the program something like that lah. tapi Oganize 1 Program tu hanya KPI tapi Archom ni 3 Program. So saya ceritakan Pengisian Program yang pertama seperti tajuk di atas.
Kami ada 2 proposal iaitu CSR bersama Dapur Jalanan dan Sketch Walk. yang akan berlangsung hanya salah satu tetapi lagi satu itu hanya backup plan jika salah satu proposal ditolak. Dan Kebetulan CSR FEED HOMELESS ini ada kaitan dengan Project design 4 iaitu HOMELESS SHELTER. So proposal ini telah dipersetujui oleh pensyarah Archom dan lecturer Design pun turut setuju yang ini adalah CSR ini dibawah Archiclub. So Yang menariknya sekarang ni Program kami bukan biasa2 tau. Macam main program antara 3 Event iaitu dibawah subject design, Archom, dan KPI. Alhamdulillah.
CSR ini kami berkolabrasi dengan Dapur Jalanan Ipoh dan Surau Al-hidayah. Dapur Jalanan sebagai tempat kami lakukan aktiviti CSR bersama gelandangan. Surau Al-Hidayah pula akan membantu kami menyediakan makanan untuk gelandangan. Aktiviti bertambah padat bila pihak surau ingin menyumbang kesemua dana yang mereka dapat untuk program ni. Alhamdulillah. Aktiviti terus menerus lancar dan mudah untuk diteruskan.
Sekarang tanak cakap banyak jum usha gambar !
kuliah subuh bersama Ustaz Arshraf
*Pengisian ceramah ni ialah UJIAN. Ujian yang pelbagai "kekayaan, Pangkat, Harta, Kecantikan, semua tu satu ujian. yang membezekan bagaimana cara kita hadapi ujian tersebut. iaitu SABAR dan terus usaha capai redha Dia. Jangan Takbur dan angkh dengan apa yang kita miliki sebab itu semua hanyalah ujian yang sementara."
Gotong Royong bersihkan Masjid
Memasak itu semua tugas kami, yeah sedap tak sedap yang pasti sedap okey !
lauk yang kami sediakan
*ayam masak kicap
*sayur Campur
*Nasi Putih
inilah menantu pilihan kalau uolls nak tahu. Depa ni dah pandai basuh ayam 30kg tauu.. masak ayam jangan cakap dah pakar lah kot huhuu
Har yang potong sayur sayur ni pun semua gadis gadis melayu tau. haih baguihh kan semua nii dah lah pandai berdesign memasak pun boleh tahan. ehehh ini angkat kes angkat bakul sendiri nii ehehh.
Kira-kira jam 4 petang kami bergerak ke Dataran Dato Sagor. Kami pakai baju seragam "MIKERS" nama syarikat kami bg subject enterperenuership. Nampaklah sehati sejiwa sikit kan. Masa nilah nak sama sama kan kalau tak bila lah lagi.
Sampai saja Dataran kami bahagikan kerja hias khemah, susun makanan, bahagikan makanan, ruang basuh tangan dan juga beramah mesra dengan gelandangan.
Orang Kuat CSR FEED HOMELESS
Ini penjaga baju baju terpakai untuk mereka yang memelukan. Ceria betul dyurang ni.
Time nilah pengagihan makan pun bermula.
P/S maaf saya tak dpt upload gmbr aktiviti pengagihan makan sebab taknak mengaibkan golongan gelandangan ini. :)
Semasa Program ini dijalankan ada sesi Yi Sang adat bangsa Cina ketika Raya Tahun Baru cina. Special betul time ni kami sambut Raya Cina sekali tau. Waktu yang tepat sangat masa ni.
Persembahan daripada pelajar UTP
Ini aktiviti last iaitu penyampaian hadiah untuk khemah tercantik, pertandingan mewarna, teka teki, dan sebagainya. Majlis berakhir kira kira jam 7petang.
Tetapi kami terus pulang rumah dan bersiap untuk ke Surau Al hidayah semula. Kami ada bacaan yassin pula selepas maghrib.
Terima Kasih kepada pihak Dapur Ipoh Jalanan kerana memeri ruang dan Peluang untuk Kami membuat program ini. Terima Kasih juga kepada pihak Surau Alhidayah kerana banyak membantu kami dari segi kewangan dan juga tenaga bagi melancarkan lagi program ini. Terima kasih juga kepada lecturer kerana memberi kerjasama yang baik dan juga rakan rakan sekelas dan juga rakan DSB yang lain. kerana turut serta program ini.
Progrma yang baik ini haruslah diteruskan setiap bulan bagi mereka yang berkemampuan. Kongsikanlah apa yang kita ada. Mereka juga layak untuk bahagia seperti kita. :)
Hope you enjoy your reading !
Handal eh sekarang....
ReplyDelete