Wednesday, 27 February 2013

BAGAIMANA INGIN MENJADI INSAN YANG POSITIF ?

Assalamualaikum wahai kaum Adam & Hawa..
:) kalau korang lihat panjang nya... tajuk hari ... 

BAGAIMANA INGIN MENJADI INSAN YANG POSITIF?

Actually Hanim nak kongsi apa yang Hanim sedang lakukan ... jyeah.. tanak lah kedekut ilmu itu tdak baik... entry nih khas Hanim buat untuk korang yang akan menduduki peperiksaan yang Besar tahun nih... especially SPM ! :) 


1. IKHLAS 
Setiap pelajar haruslah bersifat ikhlas dalam setiap amalannya dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t . orang yang tidak bersifat ikhlas mempunyai niat lain di sebalik apa yang dilakukannya, di mana ia akan mengeruh dan memesongkan niat yang asal. 

2. TAQWA
Sebagai seorang pelajar muslim, setiap aspek kehidupan terikat dengan perintah Allah s.w.t. hala tuju kehidupannya ditentukan oleh sejauh mana ketaatannya kepada perinta Allah. Belajarlah menjadi seorang individu Muslim yang soleha dan taat .

3. ADA MATLAMAT

Pelajar yang bercita-cita mencapai 9A dalam peperiksaan tentulah akan melipatgandakan usaha untuk mencapai kecemerlangan itu berbanding dengan seseorang yang tidak ada cita-cita yang tidak akan berusaha kerana ketiadaan matlamat belajar itu sendiri.

4. BERAMAL DENGAN ILMU YANG DIPELAJARI
Al-imam Al-Ghazali berpesan mengingatkan anaknya: " yakinlah wahai anakku, ilmu yang tidak disertai amalan tidak akan melepaskan seseorang itu dari neraka, sekalipun anda telah membaca ilmu itu 100 kali dan anda telah menghimpunkan 1000 buah kitab. Anda belum lagi beroleh rahmat Allah melainkan dengan beramala" 
"petikan dari bku Ayyuhal Walad"

5.MENTAATI IBU BAPA DALAM PERKARA KEBAIKAN

Antara maksud firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 23 menyatakan:
"hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. jangan bercakap kepada ibu bapa dengan perkataan 'Ah'. Jangan sekali-kali kamu menengking ibu bapa, bercakaplah dengan kata-kata mulia(sopan santun)

6.MENGHORAMATI GURU DAN MENUNJUKKAN MINAT TERHADAP PELAJARAN


7.MENINGGALKAN PERKARA YANG SIA-SIA
orang yang melakukan perkara sia-sia...
Surah al-Asr bermaksud: :"Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian...." 

8.MENINGGALKAN BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BURUK PERANGAI.

9.MEMINTA PERLINDUNGAN DARI ALLAH

Apabila kita merasa bosan dan tertekan sewaktu mengulangkaji pelajaran ataupon ketika lakukan amalan-amalan yang berfaedah, mohonlah perlindungan daripada Allah terhadap perasaan tersebut.Ia sebenarnya merupakan bisikan syaitan yang ingin memperdayakan kita.

10.MENJAGA SOLAT


11.MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG HARAM

12,BERAKHLAK TERPUJI.

13.KEMAS

14.KONSISTEN DALAM USAHA YANG DILAKUKAN TANPA BERPUTUS ASA

15.MENOLONG KAWAN-KAWAN

16.BERLAKU BENAR.

17.BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP YANG BENAR 

18.MENJAGA MARUAH

19.MULIA DIRI

20.BERHEMAH TINGGI

21.BERKAWAN DENGAN SAHABAT YANG BAIK

22.SENTIASA MENGINGATI ALLAH DAN MEMBACA AL-QURAN
Surah al-Ra'd: maksudnya:"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"


23.MENGAMALKAN AL-AMRU BIL MA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNKAR

24.MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN

25.BERSEDERHANA DALAM KETAWA


26.MEMENUHI WAKTU KOSONG DENGAN PERKARA BERFAEDAH.



27.MENGURU WAKTU DAN BAHAGI KERJA DENGAN BAIK DENGAN MENDAHULUKAN KERJA YANG PALING PENTING.



28.TIDAK MENIPU.

Muhasabah: LANGKAH MEBUAT PERUBAHAN.

1: Sudahkah anda membuat checlist sikap yang perlu ada pada seseorang pelajar yang ingin berjaya di atas?
2: berirahu ibu ayah ,abang dan kakak serta kawan-kawan anda ,bahawa anda ingin berubah menjadi pelajar yang cemerlang dengan memperaktikkan perkara2 di atas.
3. Mulakan bertukar kepada sikap yang positif di atas secara beransur-ansur jika anda menghadapi masalah melakukannya sekali gus.


So guys inilah yang hanim dapat kongsikan bersama korang semua. hanim harap kita sama dapat berhijrah ke arah yang lebih baik... yew.. Dan kita sama-sama mendapat kejayaan kelak. selamat maju jaya 
Assalamualaikum..

Senyuman dapat menghapuskan seribu satu masalah ^_^

No comments:

Post a Comment