Asslamualaikum...
Sedar tak sedar dah 19 tahun aku hidup dan kini aku akan menuju fasa 20an. Ahaks tak kelakar sebab aku akan meninggalkan zaman teen. Haish kematangan diri masih samar2 lagi. Harap2 fikiran aku kematangan aku makin terserlah berbanding keanak anakkan.
Dah masuk tahun baru mesti lah semangat baru dalam hidup ye dak? Memang semangat lah ! semangat nak buat kerja semangat berkawan semangat post entry dalam belog semangat autocadd itu juga penting ! . . Azam aku setiap tahun pasti ingin menjadi seorang yang lebih baik.
Tahun lepas aku berazam nak capai pointer 3.5 keatas tapi bukan rezeki aku disitu jadinya aku bersyukur sahaja sebab lulus. Aku tahu itu je kemampuan diri aku dan juga aku tahu apa yang aku lakukan kan itu sudah habes sungguh. 2 sem aku tak dapat bila nak kejar sem akan datang agak memerlukan stamina akal dan juga tenaga yang maximum.
Okeylah nak senaraikan # Azam2016
1. Solat tidak tinggal
2. Menjadi anak yang solehah buat mama
3. Belajar memasak
4. Betulkan henfone oppo / new phone ngeh2 ... (kalau mampu)
5. Belikan mama/kakak/abang hadiah birthday
6. Belajar bercakap sopan dengan orang.
7. Elakkan mengumpat/ atau mendengar umpatan
8.Extra Ibadah
9. motivate diri. #tribulasi365(beli buku)
10. Lebih peka buang berfikiran negative/gelabah/ takut/nervous/tidak confident
Banyak2 nanti tak tertunai pulak 10 cukuplah tu kan. In Shaa Allah. Semoga niat baik ini dipermudahkan olehNya. love you semua !
No comments:
Post a Comment