Saturday, 19 December 2015

PRAKTIKAL

Assalamualaikum... 


Ehem ehem .... dah lama tak muncul dengan cerita hidup ku sekarang. Haih sekarang ni aku tak senang duduk nak taip panjang2 cerita kisah yang menarik. Sebabnya rasa macam tak menaik pun kisah hidup aku nak dikongsikan kat orang Ahaha. K now aku dalam fasa praktikal. Lebih kurang 4 Bulan praktikal di Tampoi Johor Bahru ni. 

Jauh? Harrr mesti tertanya2 kenapa aku pilih nak praktikal dekat sini. Pada asalnya nak buat dekat Muar je. Tapi aku rasa macam tak mencabar. Mungkin dengan praktikal di Ibu Negeri ni peluang tu lebih meluas sebab JB kan sedang membangun. Okey first sebelum nak praktikal tu aku cari lah tempat2 yang dekat dengan tempat tinggal rumah Pakcik aku. Supaya senang aku nak pergi Kerja. Lagipun aku bukan tahu sangat Jalan dekat Jb ni. Alhamdulillah Jalan pun okey strategi sangat and tak sampai 10minit pun perjalanan. 

Sebelum aku diterima masuk di Syarikat Team Creative Design aku kene interview. Dan waktu aku interview tu pada hari Raya haji yang lalu.Agak rushing lahh masa tu sebab waktu tu je sesuai nak datang JB. Kakak aku pun ada nak hantar ke JB. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. 

Sekarang ni dah nak masuk minggu ke 4  aku praktikal. Kerja jangan cakaplah tak putus-putus dari awal aku masuk sampai sekarang. Banyak juga aku belajar tentang seni bina ni. Rupa-rupanya bukan setakat lukisan je kita kene tahu tapi banyak lagi perkara dan masalah yang nak kene fikir. Sampai naik muntah lah aku nak fahamkan. hihii tapi seronok lah bila dengar. Dari situ aku banyak bertanya bila tak faham. 

Dekat situ ada 4orang je pekerja termasuk aku. Aku sorang ke pelajar praktikal disitu yang lain semua dah berpengalaman lama. Diorang pun tak pernah lokek nak kongsi Ilmu dengan aku. Alhamdulillah sebab Allah pertemukan aku dengan sebuah company tu. Walaupun company kecik tapi banyak benda kita belajar. Photostate pon aku tak pernah tau nak buat tapi aku dah tau dah. HAhaha.. 

Apa yang aku belajar ? Harr ni yang aku nak share. First aku buat benda-benda yang simple. Lipat kertas, Filing. susun surat. Buat borang. Schedule projek. And then baru aku buat detail bangunan. Dari A to Z. Sampai aku pening nak buat yang mana satu... K lahh tu je aku nak share. next time aku update lagi bye// 


Senyuman dapat menghapuskan seribu satu masalah ^_^

No comments:

Post a Comment